Friday, June 01, 2007

Pemimpin Bijak, Rakyat Bodoh..

"And believe me its alright,
Everything's coming and distracting,
Deafening blaring and vibrating,
Counterfeit inspired makes used if forever and now,
To feel not to shrewd completely..."

-Royal Jelly
-Butterfingers
-1.2 Miligrams

Lagu ni aku mule2 dengar mase duk search video dlm youtube. Alih2, jumpe sorg mamat ni, memang kreatif tahap cipan gile r. Die edit video Reformasi Anwar Ibrahim dan sesuaikan ngan lagu ni.

Memang aku respek gile ngan Anwar Ibrahim ni. Kerana gerakan reformasi die ni lah, aku dpt tengok kuasa rakyat kat bumi aku sendiri. Dan waktu itu jugak lah aku dpt tengok macam mana kejam nye pemimpin yg bersenjatakan FRU.

Memang seram gile mase tu. Bayangkan FRU bantai manusia yg xde senjata dengan membabi buta. 5 FRU bantai sorang reformer.. Tapi itulah fitrah manusie zaman sekarang- Yang berkuasa bebas dari sebarang kesalahan, tapi yg dikuasai, terus menerus dipersalahkan.

Dan aku jadi bingung plak bile tengok realiti ni. Terang-terang macam2 bukti dikeluarkan, tapi pemimpin2 ni masih disanjung, dipuja. Adakah kita menuju ke arah komunisme??

Di Korea Utara, pemimpin mereka, Kim Jong Il, dipuja seperti Tuhan. MasyaAllah.. memang mengejutkan jugak masa aku tengok dokumentari pasal Korea Utara ni hari tu. Memang mereka menyanjung pemimpin mereka ni, ke peringkat tertinggi. Di mana-mana saja, ada imej Kim Jong Il.

Dan itulah realitinya. Pemimpin yang bijak menipu rakyat, jika mendapat kuasa di kalangan rakyat yang bodoh, pasti akan kekal buat masa yang lama. Dan di Malaysia, bagi aku, memang mentaliti umat Melayu masih di tahap yang paling rendah. Tak pernah lagi negara yg demokratik, mempunyai kerajaan yang berkuasa sejak pilihan raya pertama diadakan.

Tapi di Malaysia, macam-macam ada!

No comments:

pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Copyright© FUAD.ORIGIN All rights reserved